Polisi Penghantaran
Dikemas kini 26 Oktober 2026
Kawasan hantar
MAFNO hantar jus Mountain Fresh Beetroot Apple Carrot 1.5L ke Semenanjung Malaysia melalui Shopee Xpress.
Biasanya sampai dalam 2–3 hari bekerja selepas botol dipos. Ini anggaran, bukan jaminan. Cuti umum, banjir, atau kurier lambat boleh lebih. Nombor tracking kami hantar bila dah ada.
Sabah dan Sarawak tidak diambil. Postage terlalu mahal.
Postage dan subsidy
Harga botol dah termasuk postage. Checkout tidak tambah postage lagi. Satu botol kekal RM39.90, dan RM7 pos dah ada dalam harga tu.
1–2 botol (lebih kurang 3kg): postage RM7 dah termasuk. Tiada subsidy.
3–4 botol: kos pos sebenar RM8.19. Harga dah termasuk RM7. Subsidy MAFNO RM1.19 ditolak dari jumlah.
5–6 botol: kos pos sebenar RM10.29. Subsidy MAFNO RM5 ditolak dari harga botol. Contoh: 5 botol RM199.50, subsidy RM5, anda bayar RM194.50.
7 botol ke atas: sama macam 5–6.
COD bukan pos
COD ialah hantaran sendiri, untuk Melawati, Ampang, Wangsa Maju, Setapak, dan Taman Melati sahaja.
Duit minyak RM7, satu harga untuk semua kawasan COD, tak kira berapa botol. Bayar dulu sebagai pengesahan. Kalau batal, RM7 kekal milik MAFNO dan tidak dipulangkan. Bayaran harga jus dibuat bila barang sampai.
Luar 5 kawasan tu tiada COD. Bayar FPX, kami pos Shopee Xpress.
Alamat salah
Anda bertanggungjawab alamat lengkap dan nombor telefon yang hidup. Kalau parcel dah gerak sebab alamat yang anda isi salah, kos hantar semula anda tanggung.
