Terma dan Syarat
Dikemas kini 26 Oktober 2026
Siapa yang jual
Laman ini dikendalikan oleh AFINA CARE EMPIRE (SSM 202303037807), berniaga sebagai MAFNO, di mafno.com.
Dengan membuat pesanan, anda setuju terma ini, Polisi Penghantaran, dan Polisi Refund.
Produk dan harga
Kami jual jus cold pressed Beetroot Apple Carrot 1.5L. Ini makanan. Bukan ubat, bukan rawatan, dan bukan ganti nasihat doktor.
Harga dalam Ringgit Malaysia. Harga di laman semasa checkout yang sah. Stok terhad. Habis stok, order tidak diproses.
Bayaran
FPX: bayar dulu. Order sah bila bayaran berjaya.
COD: WhatsApp sahaja, untuk Melawati, Ampang, Wangsa Maju, Setapak, dan Taman Melati. Duit minyak RM7 untuk semua kawasan tu, bayar dulu. Kalau batal, RM7 kekal milik MAFNO. Harga jus dibayar bila barang sampai. Order sah bila kami setuju nak hantar.
Luar 5 kawasan tu tiada COD. Sabah dan Sarawak tidak diambil.
Maklumat anda
Anda bertanggungjawab alamat dan nombor telefon yang betul. Kami boleh tolak order yang nampak tidak serius atau di luar kawasan.
Undang-undang Malaysia terpakai. Kalau ada masalah, WhatsApp 011-5352 9217 dulu.
